Monday 24 October 2011

IBLIS HAIRAN DENGAN 2 PERANGAI MANUSIA


Kata Iblis laknat kepada Rasulullah S.A.W :
“Ya Rasulullah S.A.W., sebenarnya hamba ini sangat hairan dengan perangai umatmu dalam 2 hal antaranya :-

 1.  Mereka mengaku mencintai Allah S.W.T. padahal mereka itu taat kepada hamba dengan mengerjakan maksiat.
 2.  Mereka sangat marah kepadaku tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku.”

Maka Allah S.W.T. berfirman: “Hai Mala’un ! Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku anugerahi ke atas umat Muhammad itu 2 kebahagiaan :-

 1.  Kasih mereka itu kepadaKu maka Aku jadikan kaparah (penebus dosa) bagi maksiat yang mereka telah lakukan kerana perdayaan kamu.
 2.  Marah mereka itu kepada kamu maka Aku jadikan kaparah (penebus dosa) bagi maksiat yang mereka lakukan kepadaKu.

Iblis laknat tercengang apabila mendengar bahawa umat Nabi Muhammad tersangat dikasihi Allah S.W.T. yang amat sangat mengampuni lagi amat sangat mengasihi hambaNya dengan limpah rahmatNya.

Kita fikir kembali tentang 2 perkara yang menyebabkan Iblis hairan:-

 1.  Apabila kita kata mencintai Tuhan yang menciptakan kita, tetapi mengapakah kita masih lagi membuat kerja2 yang mendatangkan kemurkaan Allah.
 2.  Apabila kita kata kita sangat benci kepada iblis dan kuncu-kuncunya, tetapi kenapa kita masih mengikut segala perangai dan hasutannya.
Allah menyayangi kita lebih 70 kali daripada sayangnya seorang ibu kepada anaknya.


Jadi renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment