Saturday, 29 October 2011

MAKANAN SUNNAH (1)


Kesempurnaan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok bandingnya. Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. 
meh kite tengok jenis dan khasiat makanan sunnah Rasulullah SAW ni :

     1. KURMA

      Setiap kali masuk waktu Dhuha, Rasulullah selalu makan 7 biji kurma ajwa' untuk menghindari keracunan. ketika seorang wanita yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Khasiat Dan Kelebihan Kurma

  • Rasulullah SAW bersabda : "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."
  • Rasulullah SAW bersabda : "Berilah makanan kurma kepada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)."
  • Abu Abdillah a.s berkata : "buah kurma adalah salah satu buah yabg berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir."
  • Imam Ja'afar Ash-Shadiq a.s berkata : "Sesiapa memakan 7 biji buah kurma yang baik, maka cacing2 yang ada di perutnya akan mati."
  • Saidina Ali r.a berkata : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya"

No comments:

Post a Comment