Monday 24 October 2011

RAHSIA KELEBIHAN HARI AHAD & ISNIN



PENCIPTAAN TEMPAT JALAN BINTANG-BINTANG

ü Menjadikan asap itu tujuh bahagian
ü Satu bahagian berupa air,kedua embun,ketiga perak,keempat emas,kelima mutiara,keenam mira delima dan ketujuh besi
ü Dari satu asap terciptanya tujuh langit yang berbeza-beza.
ü Air yang diturunkan dari lagit berfungsi menghidupkan bumi yang tandus
ü Setiap titisan tumbuh berbagai jenis tumbuh-tumbuhan
ü Kemudian menghasilkan buah yang berbeza rasa,ada yang manis,masam,pahit,dan sebagainya.



PENCIPTAAN BINTANG-BINTANG YANG BERGERAK

ü Dijadikan bintang-bintang dalam tiga bentuk
ü Pertama,bintang yang bernama Tsawabit atau bintang tetap iaitu bintang yang tidak bergerak dan tidak terbenam
ü Kedua,bintang yang terbit dan terbenam
ü Ketiga,bintang yang beredar di tempat edarannya
ü Bintang yang paling besar Zuhal,musytari,marikh,syamsu,zuhrah,atharid dan qomar
ü Qomar pada falak pertama
ü Atharid pada falak kedua
ü Zuhrah pada falak ketiga
ü Syamsu pada falak keempat
ü Marikh pada falak kelima
ü Musyitari pada falak keenam
ü Zuhal pada falak ketujuh

ü Para anbiyak yang paling agung dan mulia ialah: Syaits, Idris, Ibrahim, Musa, Daud, 
Isa, Muhammad SAW

ü Nabi Syaits mendapat 50 suhuf.,nabi Idris mendapat 30 suhuf.Nabi Ibrahim mendapat 20 suhuf.Nabi Musa mendapat kitab Taurat.Nabi Daud mendapat kitab Zabur.Nabi Isa mendapat kitab Injil dan nabi Muhammad mendapat kitab Al-Quran.

ü Umat Nabi Muhammad terbahagi tujuh iaitu:

1. Siddiqun:akan melintasi Siratulmustaqim seperti kilat
2. ‘Amilun:akan melintasi seperti angin
3. Budala’:seperti burung dalam masa yang cepat
4. Syuhadak:melintasi seperti kuda yang kencang larinya.
5. Hujjaj:melintasi dalam masa satu hari.
6. Muthi’un:melintasi dalam masa satu bulan
7. ‘ashun:setiap kali meletak kaki pada siratulmustaqim maka dosa-dosa yang dipikul menyebabkan ia hamper tergelincir ke dalam neraka.
Api neraka ketika itu ingin membakarnya namun cahaya iman dalam jiwa mengusir api tersebut.



PENCIPTAAN API NERAKA YANG BERTINGKAT-TINGKAT

1. NERAKA JAHANNAM:
BERISIKAN ORANG PENDUSTA
2. NERAKA SA’IR:
GOLONGAN YANG LALAI DALAM SOLAT
3. NERAKA SAQOR:
GOLONGAN PENGUMPAT DAN PENCELA
4. NERAKA JAHIM:
GOLONGAN PENDUSTA
5. NERAKA HUTHAMAH:
GOLONGAN YANG MEMPERSEKUTUKAN AGAMA ALLAH
6. NERAKA LAZO:
GOLONGAN YANG KERAS HATI
7. NERAKA HAWIYAH:
GOLONGAN YANG CURANG DALAM MENIMBANG


ü Neraka tingkat tujuh tempat orang-orang munafik
ü Tingkat enam tempat orang yang derhaka dan mendakwakan diri sebagai tuhan
ü Tingkat lima orang-orang yang sombong dan aniaya
ü Tingkat empat orang yang sonmbong dan kafir
ü Tempat ketiga orang yahudi
ü Tingkat kedua orang nasrani
ü Tempat pertama orang derhaka dari umat Nabi Muhammad SAW



PENCIPTAAN TUJUH LAUTAN YANG LUAS

ü Aku kumpulkan lautan dua macam air yang berbeza dan Aku jadikan dinding antaranya supaya tidak bercampur masin dan tawarnya.
ü Binatang ternak benar-benar terdapat pelajaran.Kami beri minum dari apa yang ada dalam perut berupa susu yang bersih dari tahi dan darah,mudah ditelan bg org yg meminumnya  .
ü Jika langit mempunyai ketinggian maka kita mempunyai tubuh yang tegak berdiri.
ü Jika angkasa menpunyai matahari dan bulan,maka kita mempunyai dua buah mata.
ü Jika angkasa mempunyai deretan bintang-bintang maka manusia mempunyai susunan gigi-gigi yang rapi.
ü Jika langit mempunyai titisan air huja,maka manusia mempunyai abrah atau air mata.
ü Jika langit ada suara petir,maka manusia ada suara bersin.
ü Jika bumi ada kestabilan,maka manusia mempunyai ketenangan.
ü Jika di bumi ada sungai,maka diri manusia ada urat,sedangkan rambut bagaikan rumput


*                       Hati seorang mukmin buminya Makrifah,langitnya iman,mataharinya rindu,bulannya cinta,bintangnya buah fikiran,tanahnya kemahuan,dindingnya keyakinan,awannya akal,hujannya rahmat,pohonnya ketaatan,buahnya hikmah,dan mempunyai empat tiang iaitu tawakkal,sabar,yakin,dan kemuliaan.
*                       Dan mempunyai empat pintu iaitu ilmu,akhlak yang mulia,redha dan pintu kesabaran.
*                       Dan semua itu ada fikiran itulah hati.



PENCIPTAAN TUJUH HARI DALAM SEMINGGU

         Madah Ali bin Abi Thalib:

·      Sebaik-baik hari ialah hari sabtu untuk berburu tanpa keraguan jika anda menginginkannya.
Dan pada ahad untuk membangun kerana di hari itu Allah memulai penciptaan langit.
·      Dan pada hari isnin bila anda ingin belayar anda akan selamat dari musibah dan bala.
Bila anda akan berbekam lakukanlah hari selasa,pada saat itu darah ditumpahkan.
·      Bila seseorang akan meminum ubat sebaik-baik hari rabu.
Dan pada khamis untuk menunaikan hajat kerana Allah memerintahkan menuai
·      Dan hari jummat untuk perkahwinan melapangkan urusan keadaan wanita
Ilmu ini tidaklah dihimpunkan kecuali oleh Nabi atau pewaris Nabi.

ü Kecintaan ada empat iaitu:
1. Orang tuamu :mereka banyak member kemudahan bagimu ketika engkau masih kecil,tetapim jika keduanya tua dan lemah maka mereka tidak dpt memeliharamu.
2. Anakmu :melayani dan memjagamu hingga akhir umurmu.
3. Teman dan sahabt lelakimu : hanya memberikan kenmudahan lahir saja untukmu.
4. Isterimu : hanya memberi kemudahan yg bersifat batin untukmu.



RAHSIA KELEBIHAN HARI ISNIN

NABI MUSA AS PERGI KE GUNUNG THURSINA
ü SAFARUL GHAZAB:    Perjalanan kerana murka.
ü SAFARUL HARAB:      Perjalanan Nabi Musa ketika melarikan diri dari mesir ke madyan.
ü SAFARUL THALAB:    Perjalanan menuntut sesuatu.
ü SAFARUL SABAB:      Perjalanan disebabkan sesuatu.
ü SAFARUL ‘UJUB:       Perjalan Nabi Musa bersama kaumnya yang tersesat dalam hutan.
ü SAFARUL ADAB:       Perjalan Nabi Musa ke tepi sungai untuk berjumpa dengan khaidir as.
ü SAFARUT THARBI:  Perjalanan suka cita Nabi Musa ke Bukit Thursina untuk bermunajat             kepada allah.

No comments:

Post a Comment