Thursday, 12 January 2012

Luqmanul Hakim dan anaknya bersama seekor keldai (1)

Saya mendengar cerita ni daripada seorang sahabat dan saya ingin menyampaikannya kepada semua, kalau ada yg tersalah, sila perbetulkan... syukran...

Suatu hari Luqmanul Hakim pergi ke suatu tempat bersama anaknya menaiki keldai. Dalam perjalanan mereka, Luqman menunggang keldai tersebut dan anaknya pula membawa keldai tersebut, smpai di sebuah kampung, penduduk kampung melihat kejadian tersebut dan berkata 'teruknya bapa itu, dia membiarkan anaknya berjalan smbil membawa keldai dan dia bersenang2 di atas keldai'..luqman mendengar percakapan tersebut dan berhenti di pertengahan jlan lalu dia bertukar dengan anaknya, dia membawa keldai itu dan anaknya duduk atas keldai tu, kemudian mereka melalui sebuah kampung lain, penduduk di situ melihat kejadian tersebut dan bercakap ' anak yang tak kenang budi, dia membiarkan bapanya membawa keldai sedangkan dia berehat rehat di atas keldai'...luqman mendengar perkara itu ...kemudian anaknya trun daripada keldai tersebut dan mereka berdua berjalan kaki tanpa sesiapa pun menaiki keldai tersebut....dan mereka lalu di sebuah kmpung yng lain pula...dan disitu pnduduk kg melihat perkara tu dan berkata ' bodoh sungguh manusia tu, kenapa dia hanya mengheret keldai tersebut tanpa menunggangnya, bukankah keldai untuk ditunggang dan bekerja untuk manusia, kenapa mereka tidak melakukannya?'...kemudian dalam perjalanan seterusnya....apa yg Luqmanul Hakim dan anaknya lakukan?

No comments:

Post a Comment